tengok sini! :DD

Sunday, November 14, 2010

after being conceived gradually..

sebenarnya lagi best kalau tak macam orang lain. tapi masalah gak sebab timing jadi lain2. time aku bangun pagi pon agaknya sama dengan negara Barat sana. time aku makan pon entah lari-larau tak tentu pasal. kekadang pukul 2.30 petang baru sarapan. sebab bila bangun terus ngadap PC. haha. mestila bangun kol 6 solat kejap. pastu tidur balik. takde maknanya nak jaga sampai malam nanti. bangun balik tu pon tak tentu pukul berapa. tapi yang pentingnya tak pernah la nak bangun pukul 8. paling awal pon 10. aku tak taw la mamalia spesis mana yang hibernate sampai camni ni.once in a blue moon la kalau aku bangun awal.

tidur malam pukul berapa lak? jangan harap kol 11 aku dah tidur. after maghrib aku tidur. tu pun kalau tak online la. pas tu bangun balik pukul 10-11 camtu la. kekadang after maghrib aku tak tidur. ha, dah bangun tu, online la. tak pon layan mak ke, kemas rumah ke, cuci taik kucing ke, buat air mak ke, cuci tandas ke, masak nasi ke, apa2 jela. tapi majoritynya aku online la.haha. tah apa yang ada kat internet ni pon aku tak paham.

mandi? malas nak cite. ni je aku boleh gitaw. bil air tiap bulan kitorang puratanya ialah 6 hinggit tunai. dari statement tu, apa yang korang dapat? haha. paham2 sendiri. bil elektrik lak tinggi menggunung bak gunung daik bercabang tiga. apa taknye, dah semua nak online. 24/7 la on PC jawabnya.

kalau budak perempuan normal dia buat camni:-

-setiap kali nak keluar, at least kena tepek bedak.

pernah sekali aku tanya kenapa nak tepek2 ni, diorang jawab, "yela, korang buat apa nak pakai bedak lagi, korang kan dah putih"(ala2 camni la dia jawab) hek eleh, so kau pakai bedak sebab nak cover hitam la? kalau semua orang putih, siapa nak jadi hitam? kalau semua orang kurus, siapa nak jadi gemuk? tu fake namanya, biarla orang yang pandang kau nampak sebenar-benarnya kau. kot adala jodoh dengan orang pernah ternampak kau tu, kahwin pulak. kau nak tepek bedak sepanjang masa ke? hahah. ouh, maybe bila dah kahwin baru korang tak pakai tepek2 ni lagi. yela, korang dah kahwin, takkan nak ceraikan just sebab kulit sebenar kau hitam kan? hahaha. aku bukan nak kerek eh ni. just nak sampaikan mesej, be yourself. be natural.

-dah ada skandal a.k.a couple masing2.

swear la. even member aku pon ramai. tapi sebab sekolah aku sekolah AGAMA. kurang sikit la kot budak yang couple2 ni. aku? minat tu ada la kot. tapi tu pon lepas penat pupuk dalam tempoh dua tahun. peratus minat paling tinggi pun 64 je.lama2 bosan. haha. ni minat main2 namo eh. sekarang berapa? o.oo peratus. ZERO. hanya HEECHUL di hati (hati aku ada banyak bahagian, salah satu bahagian dah penuh dengan cop mohor HeeChul yang aku rasa lambat laun akan luntur disebabkan bleach kebosanan. ^_^')

-pakai baju smart2 bila nak keluar. (even pegi kedai runcit.haha) maksodnye, baju kalau dah 2-3 hari tak tukar yet masih bersih sebab tak pernah berpeluh sebab pemalas nak main, tukar. seluar kalau comot, tukar.

aku lak? lantak la heh. apa yang aku pakai sekarang, tu la dia yang aku bawak jalan keluar. tapi kekadang aku kesian ngan mak aku nanti dia malu ada anak macam aku, aku pon tukarlah pakai yang molek punya. kekadang aku pakai seluar yang sama ke hulur ke hilir ada la dalam semiggu. haha. ada sekali tu mak cakap, "mak takde pon hukum ko pakai seluar tu straight satu minggu. ko pergi tukar sekarang!" ha, time tu aku memang kena tukar walaupun aku suka gila pakai seluar tu.

-suka menjerit

haha. aku pernah terjerit hyper kuat sekali. me'e la.

******

takat tu jela. haha. mak paling bengang dengan aku kalau nak bangun pagi. haha. liat nak mampos. kalau aku ada anak macam aku, dah lama aku simbahkan dengan air gunung tu. haha. kalau kejut awal, suruh kejut orang lain dulu. kalau kejut aku last sekali, tak puas hati asal kejut dia last. sebab biasanya kalau kejut last2 ni dah lambat. tapi sebenarnya aku prefer kejut last sebab tidur aku puas sikit. walaupun dah lambat gaban dah. haih, ni la tabiat aku dari kecik lagi. masa kecik aku buat alasan tak nak bangun sebab air sejuk sangat. memang pon. tapi malas nak jaga tu lagi tarik2 aku untuk tidur. haha. sampai masa aku kecik dulu along jerangkan air panas la untuk aku mandi. ambik ko, dah takde alasan dah. hahah. pastu aku selalu marah orang yang kejut aku. unconsciously la. aku memang tak sedar gila. rasanya sebab tu member2 aku malas nak kejut aku. haha. sorry.

haha. aku pon tak taw asal aku boleh buat benda yang orang lain rasa canggung nak buat ni. tapi bila kena masuk public speaking ke debate ke, mati2 aku tolak. belum apa2 lagi dah rasa kecanggungan eh. haha.

kat skola tu lagi la. 99 peratus buku rekod disiplin aku penuh dengan kesalahan lewat. haha. famousla aku sekejap sebab kena ketuk ketampi kat assembly. cikgu rosli pulak yang suruh tu. wahaha. terasa diri handsome kejap.

wah, panjang gila aku merepek. takpe, dah lama aku tak merepek panjang ni. sebenarnya panjang lagi ni. tapi isu sensitif. nanti korang terasa. [??] sejak bila aku jaga hati korang kan? haha. banyak kali eh. korang je tak perasan. serious ni. ^_^'

sekian sahaja celotehan saya untuk hari ini.
asssalamualaikum.

No comments:

Post a Comment